Monday, 18 March 2013

Tips Mengisi Borang SPA8

Reactions: 

assalamualaikum

Ramai yang makin buntu dengan sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang telah diperbaharui. Kat sini Heyza nak kongsi sikit cara nak mengisi borang SPA8 dengan betul. InsyaAllah ada rezeki lebih boleh menjawat jawatan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pertama sekali, korang mesti ada keputusan PMR dengan keputusan SPM. Dua-dua ni penting sebab dua-dua ni lah yang akan dinilai untuk tentukan korang layak dapat jawatan yang korang pohon atau tak. So, kalau yang baru je lepas SPM tu kena tunggu result keluar lah. Sabar.

Yang kedua, dah dapat result sila isi form ni dulu.

http://putra3.spa.gov.my/online/borang8i/v2/daftar_baru.jsp?new=y
Borang ni kena isi betul-betul taw sebab sekali je boleh isi. Kalau salah rasanya tak dapat nak isi balik.

Yang ketiga, dah siap isi pegi laman web SPA. Tak sure jugak sama ada lepas isi daftar akaun baru tu direct ke laman rasmi SPA. Kalau tak direct boleh try SINI :)

Yang keempat, isi boranglah korang nak jawatan apa. Jururawat ke, Juru x-ray ke, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ke atau lain-lain yang korang minat. Borang tu korang boleh direct SINI.

Nampak yang tulis "Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan
Awam" tu. Jangan segan-segan nak klik dekat situ.
Yang kelima, masukkan id korang lah macam yang korang isi first sekali ke atas tadi. Masuk no ID dengan kata laluan. Lepas tu tekan "log masuk".


Oke, last sekali silalah isi apa-apa yang ada dalam tu. Maklumat pemohon, maklumat akademik, Maklumat ko-kurikulum dan lain-lain macam yang korang tengok dekat gambar dekat bawah.


Dah siap semua, boleh pilih jawatan yang korang nak dekat "JAWATAN DIPOHON" tu. Pada pendapat saya, korang yang lepas-lepas SPM tu tolonglah pilih tab "SEPARA" tu. Tu untuk kursus diploma selama tiga tahun. Korang kan dah ada sijil SPM kan, so tak payah lah nak pilih tab "SPM/SPM(V)/SPVM" sebab tu sijil punya. Nanti membazir masa. Tapi kalau nak buat "backup" tu sangat dialu-alukan jika result korang nyawa-nyawa ikan lah.


Lepas tu pilih dekat mana korang nak ditemuduga dengan sesi sekali. Kalau free pagi, pilihlah pagi. Kalau rasa nak kena temuduga malam, pilihlah malam. Tak kisah ikut kehendak korang. Easy kan..

So, dah siap dah permohonan korang untuk berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tunggu surat temuduga je lepas tu sambil goyang kaki.

Selamat mencuba :))

kredit: http://www.spa.gov.my/Portal/

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers