Saturday, 21 July 2012

Perbetulkan niat di bulan Ramadhan

Reactions: 
assalamualaikum


" Orang Malaysia memang suka buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib ditinggalkan"

Oh. pedihnya ayat. Tusk tusk menusuk tangkai jantung. Perkara ini pada hari-hari biasa pun banyak berlaku di depan mata kita. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja. Contohnya, ramai yang meninggalkan solat lima waktu sehari tetapi berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Motif? Ada juga yang menunaikan umrah tetapi belum mengerjakan fardu haji iaitu rukun Islam ke lima. Bersedekah beratus-ratus ribu tapi zakat belum tentu terbayar. Atas alasan apa semua ini dilakukan? Menunjuk-nunjuk?

Konsep menyambut bulan Ramadhan sebagai bulan puasa semata-mata adalah tidak adil. Bulan Ramadhan sepatutnya dijadikan satu titik permulaan ke arah satu perubahan yang baik menjurus kepada jalan yang lurus. Satu peluang untuk berentap menundukkan hawa nafsu yang selama ini bermaharajalela di hati kita.

[kredit]
Perbetulkan semula niat kita bukan sekadar menyatakan lafaz, menahan lapar dan dahaga, tetapi fahamilah erti sebenar puasa. Barulah ibadah yang kita lakukan berkesan lalu membawa kepada istiqamah selepas Ramadhan.

" jadilah kamu hamba Allah swt (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan)"- Imam Hassan al-Basri

[kredit]
Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini berada di landasan niat yang betul tanpa unsur riak, takbur dan menunjuk-nunjuk. Sesungguhnya kita berada dalam zon Ramadhan. Latihlah diri menjadi hamba yang bertaqwa dalam setiap ibadah dan segalanya adalah kerana Dia.

"Ya Allah, Kau tunjukkanlah kami jalan yang benar. Semoga ibadah yang kami kerjakan diterima oleh-Mu. Jadikanlah kami umat yang istiqamah dalam memperjuangkan agama-Mu"





0 big heart:

Post a Comment

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers