Saturday, 21 July 2012

Marhaban ya Ramadhan ;')

Reactions: 
assalamualaikum..

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, dimana Allah swt telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, ditambat padanya syaitan-syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikan sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak" -daripada abi hurairah.

Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya'ban tahun ke-2 hijrah sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 183:



maksud : " Wahai orang-orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa"

Jelas pada ayat ini menunjukkan matlamat agung adalah taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan ibadah puasa kerana menjunjung perintah Allah swt  dan mengutamakan keredhaan-Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadah puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati.

“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”- surah al-Qalam:34

Taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi orang yang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan pertolongan di dunia dan akhirat. Janji Allah swt, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita akan mencapai darjat taqwa.

Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

Syukur ya Allah, kerana dengan kasih sayang-Nya terhadap kita, kita masih dipanjangkan umur dan masih lagi diberi kesempatan bertemu bulan Ramadhan yang hanya menziarahi kita setahun sekali. Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Inilah masa yang perlu diguna dengan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata tetapi puasa adalah berlapar disamping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Inilah jihad yang paling besar untuk seluruh umat Islam :)

Sabda Rasulullah saw:
" berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah swt (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah swt selain menahan lapar dan dahaga"

Ketahuilah puasa yang sedang kita jalani merupakan jalan singkat untuk mendapat rahmat, pahala dan keberkatan daripada Allah swt. Sesungguhnya orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan mendapat syafaat di akhirat kelak.

"sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu disebut 'rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat 'mana orang-orang yang berpuasa?'. Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun akan ditutup"- hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah saw mengingatkan kita bahawa di kalangan orang yang berpuasa ada yang tidak memperoleh apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Dan di sana juga terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan. Di dalam spektrum yang luas, di manakah kita?


ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku tempuhi dengan sempurna
selangkah demi selangkah setahun sudah pun berlalu
masa yang pantas berlalu
hingga tak terasa ku berada di bulan ramadhan
semula

puasa satu amalan sebagaimana yang diperinyah-Nya
moga dapat ku lenturkan
nafsu yang selalu membelenggu diri tiada henti-henti

tak ingin ku biarkan ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
mengharungi segalanya dengan sabar

ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan 
ku merayu pada Tuhan diterima amalan

selangkah demi selangkah
dengan rahmat-Mu oh Tuhanku
ku tempuh jua

Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghrifah dan dihujungnya kebebasan. Oleh itu, marilah sama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksaanaanya. InsyaAllah. Semoga kita terhindar daripada golongan yang menganiayai diri sendiri.

"barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan, nescaya diampunkan dosa-dosa yang lalu"

salam ramadahan al mubarak :)

[ kredit ]

0 big heart:

Post a Comment

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers