Saturday, 14 April 2012

Kenapa Perlu Guna PANTYLINER?

Reactions: 
assalamualaikum..

Entry ini khas untuk kaum Hawa sahaja. Tapi kalau ada kaum Adam di luar sana tu gatal bebenau nak baca jugak, silakan. Manalah tahu nanti boleh share dengan bakal isteri, tunang, adik, kakak, nenek atau omak.


Sebenarnya ramai wanita di luar sana tidak tahu fungsi sebenar pantyliner dan pembersih wanita. Jujur aku tak pernah guna kedua-duanya satu masa dahulu (tak ada masalah bahagian sulit). Masa tengah-tengah lepak dengan member dalam surau sementara menunggu azan zohor, kitaorang bersembang pasal keperluan pantyliner dan pembersih wanita.

Menurut salah seorang daripada kami:
ya! sangat perlu menggunakan pembersih wanita JIKA wanita itu ada masalah di bahagian alat sulit seperti keputihan, berbau dan sebagainya. Kalau tak ada masalah, tak perlulah guna kerana ia boleh menyebabkan masalah-masalah tersebut berlaku.

Elok-elok tak ada masalah, tetiba dapat masalah. Kalau wanita ada masalah macam tu memang patotlah pakai pantyliner kerana keputihan yang berlaku akan mengeluarkan bau dan akan merosakkan panty. Serius.

Tapi yang tak ada masalah seperti keputihan pun aku rasa patot guna pantyliner. REASON:
  • Peluh dan lembapan selepas kita buang air boleh menyebabkan pembiakan bakteria pada seluar dalam. Bakteria kan sangat aktif di tempat lembap. Ia akan menyebabkan masalah lain akan timbul contohnya kegatalan. Dan kadangkala ianya bersifat kronik.
  • Lelehan seprti peluh boleh mendatangkan bau yang tidak menyenangkan dan mengakibatkan wanita  dan orang di sekelilingnya dalam keadaan tidak selesa.
  • Memakai seluar dalam yang bukan dari jenis cotton (tidak menyerap air dengan pantas)

Ada sesetengah wanita telah bersiap sedia (ayat macam nak pergi perang) dengan tisu sebelum masuk tandas. Selepas buang air tisu tersebut akan digunakan untuk mengelap siap-siap tempat sulit sebelum menyarung seluar dalam. So, lembapan tidak akan berlaku. Tetapi bagi wanita yang tidak mengamalkan membawa tisu ke dalam tandas, boleh cuba memakai pantyliner. Sekarang aku dah pakai pantyliner. Leceh nak bawa tisu masuk toilet. Alhamdulillah :)

Pantyliner berfungsi sama seperti tuala mandi bagi memastikan kawasan pada seluar dalam sentiasa kering dan bersih. Pantyliner boleh meresap lembapan, peluh dan lelahan yang berlaku. Dengan ini, bakteria tidak akan membiak seterusnya menghindarkan masalah seperti bau yang tidak menyenangkan, kegatalan dan mengelakkan masalah-masalah tersebut merosakkan seluar dalam.

Namun, wanita disarankan untuk menukar pantyliner sekurang-kurangnya dua kali sehari (kos banyak la sikit tapi wangi). Bagi yang tidak mampu, boleh cuba amalkan bawa tisu semasa hendak membuang air. InsyaAllah, masalah alat sulit dapat dihindarkan. Tak perlulah nak pakai pembersih wanita kan.

Sama-samalah kita menjaga kebersihan diri masing-masing.
Sekian.

0 big heart:

Post a Comment

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers