Saturday, 14 April 2012

Kenapa Perlu Guna PANTYLINER?

Reactions: 
assalamualaikum..

Entry ini khas untuk kaum Hawa sahaja. Tapi kalau ada kaum Adam di luar sana tu gatal bebenau nak baca jugak, silakan. Manalah tahu nanti boleh share dengan bakal isteri, tunang, adik, kakak, nenek atau omak.


Sebenarnya ramai wanita di luar sana tidak tahu fungsi sebenar pantyliner dan pembersih wanita. Jujur aku tak pernah guna kedua-duanya satu masa dahulu (tak ada masalah bahagian sulit). Masa tengah-tengah lepak dengan member dalam surau sementara menunggu azan zohor, kitaorang bersembang pasal keperluan pantyliner dan pembersih wanita.

Menurut salah seorang daripada kami:
ya! sangat perlu menggunakan pembersih wanita JIKA wanita itu ada masalah di bahagian alat sulit seperti keputihan, berbau dan sebagainya. Kalau tak ada masalah, tak perlulah guna kerana ia boleh menyebabkan masalah-masalah tersebut berlaku.

Elok-elok tak ada masalah, tetiba dapat masalah. Kalau wanita ada masalah macam tu memang patotlah pakai pantyliner kerana keputihan yang berlaku akan mengeluarkan bau dan akan merosakkan panty. Serius.

Tapi yang tak ada masalah seperti keputihan pun aku rasa patot guna pantyliner. REASON:
  • Peluh dan lembapan selepas kita buang air boleh menyebabkan pembiakan bakteria pada seluar dalam. Bakteria kan sangat aktif di tempat lembap. Ia akan menyebabkan masalah lain akan timbul contohnya kegatalan. Dan kadangkala ianya bersifat kronik.
  • Lelehan seprti peluh boleh mendatangkan bau yang tidak menyenangkan dan mengakibatkan wanita  dan orang di sekelilingnya dalam keadaan tidak selesa.
  • Memakai seluar dalam yang bukan dari jenis cotton (tidak menyerap air dengan pantas)

Ada sesetengah wanita telah bersiap sedia (ayat macam nak pergi perang) dengan tisu sebelum masuk tandas. Selepas buang air tisu tersebut akan digunakan untuk mengelap siap-siap tempat sulit sebelum menyarung seluar dalam. So, lembapan tidak akan berlaku. Tetapi bagi wanita yang tidak mengamalkan membawa tisu ke dalam tandas, boleh cuba memakai pantyliner. Sekarang aku dah pakai pantyliner. Leceh nak bawa tisu masuk toilet. Alhamdulillah :)

Pantyliner berfungsi sama seperti tuala mandi bagi memastikan kawasan pada seluar dalam sentiasa kering dan bersih. Pantyliner boleh meresap lembapan, peluh dan lelahan yang berlaku. Dengan ini, bakteria tidak akan membiak seterusnya menghindarkan masalah seperti bau yang tidak menyenangkan, kegatalan dan mengelakkan masalah-masalah tersebut merosakkan seluar dalam.

Namun, wanita disarankan untuk menukar pantyliner sekurang-kurangnya dua kali sehari (kos banyak la sikit tapi wangi). Bagi yang tidak mampu, boleh cuba amalkan bawa tisu semasa hendak membuang air. InsyaAllah, masalah alat sulit dapat dihindarkan. Tak perlulah nak pakai pembersih wanita kan.

Sama-samalah kita menjaga kebersihan diri masing-masing.
Sekian.

Friday, 13 April 2012

Wanita, Kilat dan Guruh

Reactions: 
assalamualaikum..

Petang-petang cenggini best kalau di buat jogging naik bukit Tension. Serius bukit Tension wujud oke. Sebab lepas naik bukit niey pelatih akan tension. Tinggi bebenau daki nak ke kolej. Kalau jog dengan pakwe/makwe bukan kemain lagi yep. Bukit tension tinggi rendah tinggi rendah je kau tengok kan. Hamboi hamboi hamboi. Oke, lupakan pasal bukit tension. Tension aku tengok couple jog sama-sama (jeles). 

Oke cukup. Padan muka couple-couple tu tak boleh jog hari niey. Hujan selebat-lebatnya. Macam tak kasi aku balik je (kelas habis lambat sikit hari niey). Nasib baik kawan baik ada kereta. Pong Pong Pong. Aku tumpang kereta kau eh hari niey (walaupun hari-hari tumpang kereta dia). Masa otw balik kolej, tetiba kilat zrapppppp macam mintak lalu je depan aku. Hamboi hamboi kau kilat. Main gurau kasar nampak (sambil tutup muka dengan sepuluh jari. Tapi tangan cinonet je tak dapat nak cover seluruh muka). Bila dah agak redha sikit, terus pandang member sebelah kanan. Hamboi bukan main selamba badak je mukanya. Tak taku ke weii? Oke, fine kau lelaki memang lah tak takut. Lagipun kau tengah drive kan, nanti kalau kau tutup muka guna tangan masa kilat melintas tadi tak pasal-pasal bermalam dekat sebelah kolej kita nanti (Hospital Sg Buloh).

Aku terus terfikir. Kenapa ye wanita-wanita Melayu terakhir ni sangat ngeri dengan guruh/ kilat? Kenapa ye lelaki macam takdek benda je kalau bab-bab macam ni? Kenapa ye?


Kilat dengan guruh sangat berbeza. Kilat berlaku hasil tindakbalas antara cas positif dengan cas negatif kerana adanya gerakan udara ke atas titisan hujan. Guruh terjadi disebabkan pengembangan udara yang kuat berpunca dari kapanasan kilat yang tinggi (aku budak fizik). Haha. Sebab itu lah kalau orang yang kena sambar dek kilat akan rentung. Bagi pendapat aku, aku lebih gerun dengan kilat berbanding guruh. Tapi ada juga segelintir wanita yang lebih takut mendengar guruh (macam Izzah dalam novel ombak rindu).

KENAPA WANITA TAKUT KILAT?
  • Takut kilat tiba-tiba singgah dekat badan atau persekitarannya.
  • Kilat macam cahaya je, nanti rosak mata kalau tengok lama-lama.
  • Kilat bergerak pantas.
  • Trauma sebab pernah tengok panahan kilat depan mata
  • Suhu kilat panas.
  • Kilat bercabang-cabang dekat bawah
KENAPA WANITA TAKUT GURUH?
  • Bunyi guruh boleh buat jantung terhenti kejap
  • Trauma sebab pernah berlaku perkara ngeri semasa guruh
  • Tak pernah dengar bunyi guruh sebelum niey
  • Bunyi guruh macam bunyi haiwan buas
tips ketika kilat/ guruh
  • Pastikan badan kering sekiranya berada di luar rumah. Jika dalam keadaan basah, ia akan mengalirkan arus elektrik jika dipanah petir
  • Berteduh di bawah bangunan
  • Elakkan berteduh di bawah pokok.
  • Duduk mencangkung sekiranya berada di tanah lapang
  • Pastikan jarak kedudukan adalah dua kali ganda dengan ketinggian pokok yang ada berhampiran
  • Jangan menggunakan telefon bimbit
  • Elakkan memegang besi seperti batang payung
Memang lumrah kejadian wanita diciptakan sebagai seorang yang lembut. Jadi macam tak pelik kalau wanita sensitif atau mudah takut pada something yang biasa bagi lelaki. Pemilik tulang rusuk perlulah faham. Jangan buat-buat tak faham pulak. 

oke, sekian


Tuesday, 3 April 2012

mynameisnamee? taklah. aku piccioneblu

Reactions: 
assalamualaikum cinta

p/s : semasa menulis entry ni aku masih dalam keadaan separuh sedar. Pertama kali tulis entry 6.30 pagi.


Sama tak muka kitaorang? Ramai yang cakap muka aku dengan muka kak namee sebijik.
Mesti kalau pergi shopping mesti kena serbu dengan rakyat-rakyat Malaysia yang prihatin.


Ekekeke. *gelak sopan jap.


 Jap. Mesti ramai sudah muka macam ni kan.

--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
Fake semata-mata.





sekian.

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers