Tuesday, 6 March 2012

tips mengurangkan rasa kecewa

Reactions: 
assalamualaikum...


Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Lately ramai remaja-remaja yang mengalami sindrom bercouple sesama batch/umur etc. Kira macam cinta semusim kot. Yela, bila pindah tempat baru mesti ada pakwe/ makwe baru. Pindah lain dapat baru lagi. Hoyeeee. Betul tak? Angguk lambat-lambat kalau setuju. Geleng lelaju kalau tak betul.

Kalau perasan dalam setahun mesti ada 2 orang makwe/pakwe. Kejap-kejap "eh dengan si A" tengok-tengok "eh, dengan si B pulak?". Satu sem kan 6 bulan. So satu tahun 2 sem = 2 orang couple. 2 kali putus cinta, 2 kali membuang masa berdate, 2 kali buang duit topup. 2 kali menangis dan yang aku nak highlight dekat sini ialah 2 kali kecewa.

Masa tu Ya Allah, susahnya nak cakap "good bye". Nak jalan depan ex pun rasa macam nak pitam. Nak pandang apatah lagi. Annoying giler.


Disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw
"cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas-puasnya, tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya"

Sehebat mana pun kita merancang satu hari perpisahan tetap akan terjadi. Bila? Kenapa? Bagaimana? Semuanya sudah tersurat.

tips mengurangkan rasa kecewa

Tidak kiralah kecewa disebabkan gagal dalam peperiksaan, putus cinta, satu amanah gagal dilaksanakan. Mungkin tips ini boleh membantu mengurangkan sedikit sebanyak beban yang terpikul.

1) dekatkan diri dengan Allah swt
Ingatlah daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Mengadaplah Dia apabila sesuatu kegagalan berlaku. Mungkin itu salah satu ujian buat kita. Minta pertolongan Dia untuk tenangkan hati dan perasaan kerana Dia adalah sebaik-baik penawar. 


2)Banyakkan berdoa.
Jika sebelum ini selalu lalai dan terlupa, ingatkan diri untuk kerap menadah tangan. Jangan biarkan ego menghalang kita menadah tangan. Bukan menadah tanagan meminta sesen dua tapi meminta doa daripada Yang Maha Esa.


3) berfikiran positif
Percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin hari ini kita dapat ulat berbulu. Tapi ulat berbulu itulah yang akan menjadi kupu-kupu yang sangatt cantik. Ingat! Kuasa minda sangat penting. Anda adalah apa yang anda fikirkan.



4) sibukkan diri
Cari kerja dan jangan biarkan diri terleka tanpa berbuat apa-apa. Kerana apabila sibuk, automatik kita akan lupakan perkara itu sedikit demi sedikit. Carilah apa-apa aktiviti yang berfaedah yang boleh dilakukan di masa lapang.

"apabila saya sibuk saya fokus"


5) luahkan pada kawan baik/ parents
Menangis itu leebih baik andai memudaratkan. Buang semua ego dan luahkan pada insan-insan yang anda percaya. Biarlah segala rasa itu mengalir bersama air mata yang jatuh. Jangan disimpan jangan dipendam sendiri kelak ia akan memakan diri. Dan lepas menangis tu gelak kuat-kuat oke. Biar anda rasa anda sangat bebas. Nanti lepas ni tak payah nak nangis-nangis lagi.


Aku harap sedikit sebanyak tips tu dapat membantu mana-mana yang patot.


k. salam >.<

0 big heart:

Post a Comment

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers