Tuesday, 6 March 2012

tips mengurangkan rasa kecewa

Reactions: 
assalamualaikum...


Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Lately ramai remaja-remaja yang mengalami sindrom bercouple sesama batch/umur etc. Kira macam cinta semusim kot. Yela, bila pindah tempat baru mesti ada pakwe/ makwe baru. Pindah lain dapat baru lagi. Hoyeeee. Betul tak? Angguk lambat-lambat kalau setuju. Geleng lelaju kalau tak betul.

Kalau perasan dalam setahun mesti ada 2 orang makwe/pakwe. Kejap-kejap "eh dengan si A" tengok-tengok "eh, dengan si B pulak?". Satu sem kan 6 bulan. So satu tahun 2 sem = 2 orang couple. 2 kali putus cinta, 2 kali membuang masa berdate, 2 kali buang duit topup. 2 kali menangis dan yang aku nak highlight dekat sini ialah 2 kali kecewa.

Masa tu Ya Allah, susahnya nak cakap "good bye". Nak jalan depan ex pun rasa macam nak pitam. Nak pandang apatah lagi. Annoying giler.


Disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw
"cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas-puasnya, tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya"

Sehebat mana pun kita merancang satu hari perpisahan tetap akan terjadi. Bila? Kenapa? Bagaimana? Semuanya sudah tersurat.

tips mengurangkan rasa kecewa

Tidak kiralah kecewa disebabkan gagal dalam peperiksaan, putus cinta, satu amanah gagal dilaksanakan. Mungkin tips ini boleh membantu mengurangkan sedikit sebanyak beban yang terpikul.

1) dekatkan diri dengan Allah swt
Ingatlah daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Mengadaplah Dia apabila sesuatu kegagalan berlaku. Mungkin itu salah satu ujian buat kita. Minta pertolongan Dia untuk tenangkan hati dan perasaan kerana Dia adalah sebaik-baik penawar. 


2)Banyakkan berdoa.
Jika sebelum ini selalu lalai dan terlupa, ingatkan diri untuk kerap menadah tangan. Jangan biarkan ego menghalang kita menadah tangan. Bukan menadah tanagan meminta sesen dua tapi meminta doa daripada Yang Maha Esa.


3) berfikiran positif
Percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin hari ini kita dapat ulat berbulu. Tapi ulat berbulu itulah yang akan menjadi kupu-kupu yang sangatt cantik. Ingat! Kuasa minda sangat penting. Anda adalah apa yang anda fikirkan.



4) sibukkan diri
Cari kerja dan jangan biarkan diri terleka tanpa berbuat apa-apa. Kerana apabila sibuk, automatik kita akan lupakan perkara itu sedikit demi sedikit. Carilah apa-apa aktiviti yang berfaedah yang boleh dilakukan di masa lapang.

"apabila saya sibuk saya fokus"


5) luahkan pada kawan baik/ parents
Menangis itu leebih baik andai memudaratkan. Buang semua ego dan luahkan pada insan-insan yang anda percaya. Biarlah segala rasa itu mengalir bersama air mata yang jatuh. Jangan disimpan jangan dipendam sendiri kelak ia akan memakan diri. Dan lepas menangis tu gelak kuat-kuat oke. Biar anda rasa anda sangat bebas. Nanti lepas ni tak payah nak nangis-nangis lagi.


Aku harap sedikit sebanyak tips tu dapat membantu mana-mana yang patot.


k. salam >.<

Monday, 5 March 2012

syurga makanan

Reactions: 
assalamualaikum..

Ramai yang tahu dan mungkin ramai jugak yang tak tahu. KELANTAN digelar sebagai negeri SYURGA MAKANAN. Kenape? sebab memang sangat banyak makanan yang lain dari yang lain dan sangat sedap. Negeri termiskin? Biarlah. Aku tak mahu jadikan benda tu sebagai satu isu. Biarlah blog aku niey bersih dari sebarang anasir-anasir politik.

Jadi aku tinggalkan korang dengan air liur meleleh bersama gambar-gambar antara makanan yang top di kelantan.

budu 
Tak kenal maka tak cinta. dah kenal nanti mesti cari lagi.

akok kata kau!

nasi kerabu
aku sangat pasti ramai yang menggemarinya. Bukan setakat kelantan je. Sekarang dak Muo pun suka!

lompat tikam
Jangan risau. Atuk-atuk nenek-nenek yang dah kepupusan gigi pun boleh santap

buah tanjung


onde-onde a.k.a  buah melaka

etok
ala-ala kerang camtu. Feveret aku niey. Setiap kali balik kelantan wajib cari. Kalau tak nanti kempunan!

laksam
orang Muo suke kan bende alah niey? kan? kan?

lupe lak namenye. Janggut naga katanye.

sarae a.k.a rumpai

nasi dagang.lallalala

sira labu

sotong sumbat a.k.a ketupat sotong

colek

sambal pauh ikan kering

nekbat
seingat aku tak pernah makan lagi kuih niey.

jala mas

cek mek

telinga lembik

butir nangka

Aku menaip entry niey dengan penuh tempias air liur. Harap korang boleh hayati dengan membaca dengan air liur.
k, bye


negative thinking

Reactions: 
assalamualaikum..

Sungguh tanpa kita sedar kadang-kadang kita tutupkan sesuatu yang baik dengan sesuatu yang buruk. Menganggap sesuatu perkara dengan fikiran yang negatif berbanding yang positif. Sedangkan apa-apa perkara yang kita lakukan dipengaruhi oleh minda kita. Sedarkah kita? Bila fikir yang negatif gelombang minda pun akan turut serta semua hal-hal yang negatif. Jika seminit kita berfikiran negatif maka sejam kemudian pun fikiran kita tetap akan menjurus kepada negatif.

Gambar di atas boleh dijadikan contoh terbaik untuk mereka-mereka yang cenderung untuk berfikiran negatif. Salah siapa bila keadaan ini berlaku? Aku atau kau?

Tak boleh ke tukar sikap suka berfikiran negatif tu kepada sesuatu yang positif. Nanti muka tak adelah nak kerut seribu. Nak tarik muncung sana sini.


Pasti ramai yang tidak tahu atau mungkin buat-buat tidak tahu. Bila suka sangat bercakap pasal keburuka orang lain, berfikiran negatif pasal orang lain, satu saat semua yang kita katakan itu akan kembali kepada kita. Cepat atau lambat. Hukum karma! Memang wujud dari dulu lagi.

So, PLEASE! PLEASE! saudara hamba Allah SWT yang ku sayangi. Ubah mentaliti tahap ketiga yang ada.




NEGATIVE THINKING.. maksud aku yang nak disampaikan di sini something yang orang B tak buat tapi selalu disalahertikan oleh sang A. Adilkah bagi B bila langsung tak boleh membela diri?

Macam mana nak ubah semua tu?
Hanya ada satu cara sahaja yang aku rasa sangat dan patot diamalkan oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia yang mempunyai habit berfikiran negatif yang sangat kronik.
"berhenti dari memandang keburukan orang lain"

Ubah segala perbuatan mencela, mengumpat atau menyampah. Gantikan dengan mengambil pengajaran dari apa yang kita lihat, dengar dan rasa. Baik atau buruk, biarkan sahaja.
Jadi kena selalu berjaga-jaga dan awasi setiap perkataan yang keluar dari mulut, hati dan fikiran kita.

Oke sahabat?
p/s : what comes around goes around!

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers