Wednesday, 5 October 2011

WANITA BERTUDUNG + LEGGING = ANNOYING

Reactions: 
assalamualaikum w.b.t..

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri. Cewahhh. Aku dah mula nak serius niey sebab abgi aku tegur menegur tu wajib bagi setiap umat islam kan. Bukanlah bermaksud aku nak menyinggung mana2 pihak yang dah terkena tetapi cuma ingin menyuarakan pendapat yang keluar dari akal fikiran yang sihat.

wanita =  perempuan. memiliki sifat lemah lembut, isteri
legging = sejenis pakaian (seluar) yang ketat dan sendat
bertudung : menutup rambut yakni aurat bagi lelaki

Kebanyakan wanita yang bertudung pada masa sekarang terlalu obses pada fesyen terkini sehinggakan lupa sekejap kepada tafsiran menutup aurat. Menutup aurat bukan sekadar memakai tudung sayangku. Ramai wanita diluar sana menyangkakan dia telah menutup aurat tetapi  masih mengenakan seluar jeans ketat dan baju sendat. Anda?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Ulama bersepakat bahawa menutup aurat yakni menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan daripada dilihat oleh lelaki yang bukan muhrim.


 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Syarat utama menutup aurat adalah memakai pakaian yang loggar. Kalau dah namanya legging tu aku tak tahu lah tang mana yang longgarnya. Bertudung tapi dekat bawah fulamak...


 Nah! ingat cantik sangat kau pakai legging? Kalau ayam sedaplah jugak lemak bersepah. Ini kalau manusia.. korang sambunglah dengan ayat cover korang yang terbaik. Legging tak salah jika korang pakai malam2 ke nak tido. Ynag salah bila pakai legging dengan drees singkat bawa g jejalan dekat maya musco. Fuhhh! rezeki lelaki tengok bumper korang terhuyung- hayang kiri kanan siap dengan bentuk lagi. Mahu?



Aku tak cakap, iklan niey yang cakap. Kalau dah nama lucah boleh ke korang nak pakai depan public. Korang hengat korang cantik sangat pakai fesyen pelik macam tu? Euuuuu.. annoying tahu tak.


Cuba  bayangkan salah seorang yang dekat gambar atas tu adalah kamu. Dah macam ape dah aku tengok. Oke! korang fikirlah sendiri ye:) Tak salah kan saling mengingati:) hehe.. fikir2kanlah

salam sayang")
piccioneblu dot blogspot

5 comments:

  1. kelmarin ada terjumpa sorang makcik tengah baa cucu kt bandar. pakaian makcik tu, memang geleng kepala kalau tengok.
    dengan leggingnye, dengan blouse ala dressnye. dengan slendangnya. saya yang segan ..

    ReplyDelete
  2. aahkan...apa la na jd sekarang..menangis tgk org melayu islam pkai mcm tu..nauzubillah..mintk djaohkan:)

    ReplyDelete
  3. HAHHA, terasa sekejap . tetapi alhamdullilah tak penah lagi sy pakai legging kat lua rumah .

    ReplyDelete
  4. yg free hair pn klau pkai legging kt public still annoying.....sbb peha pmpuan pkai or xpkai tdung sma je...cuma bila brtudung lbh annoying la sbb konon nk mnutup aurat tp pkai ntah pape....

    ReplyDelete
  5. aliya : opppsss! niey ditujukan bt pemakai di luar rumah. bt jln2..hehe

    miss ferooz: setuju! sangat annoying:(

    ReplyDelete

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers