Saturday, 8 October 2011

IBARAT DEBU BERTERBANGAN

Reactions: 
assalamualaikum w.b.t

Aku selalu menghadapi masalah. Masalah macam mana  aku nak start entry. Ayat aku tak ada lah power macama blogger lain. Kekadang tengok depa semua macam besh je kan. Entry semua best2. Ayat kekadang tuh power rangers pun surrender. Aku lagi lah. Bukan aku yang pijak semut tapi semut yang benyanyi2 dapat pijak kepala aku dengan bangganya. See, betapa kerdilnya aku. Kekadang malu nak buat entry. Kenapa? Sebab ayat aku tak power macam power rangers. Ouch! sedih tahap kritikal.

Bukan soal masalah yang tak pandai nak start entry yang aku nak bincangkan. Semua orang ada masalah kan. Jadi tak perlulah aku heboh2 masalah aku yang macam zarah2 halus berterbangan di persekitaran. Tapi aku nak bercakap tenteng debu. Kenapa dengan debu? Oke! tak ada kaitan dengan ayat aku yang dekat atas. zarah2 halus berterbangan di persekitaran" . Cuma aku cukup teruja dengan debu. Just ambil sedikit iktibar/ pengajaran dari debu.


Cuba kita tengok debu yang ada di persekitaran. Fine, debu tak boleh dilihat jika satu zarah debu tu je yang ada. Cuba kalau dah bertimbun. Uishhh, mungkin boleh jadi bukit. Debu yang ditiup angin confirm akan terpisah dengan kaum kerabat diaorang. Jadi terpaksa bina hidup baru ditempat yang baru, persekitaran yang baru, kawan2 yang baru dan semua yang terbaru akan debu rasai. Sekejap sahaja debu tu boleh sesuaikan diri bekerja bersama2 kotorkan tempat2 tertentu. Macam mana debu boleh buat macam tu? Dengan senangnya menjalani tugas bersama2 dengan persekitarab baru.

Just bayangkan kalaulah kehidupan manusia pun macam tu. Dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung. Dicampak jew mana2 tetap boleh adapt dengan keadaan sekeliling. Jadi tak ada la susah mana pun nak bina komuniti yang permai. Tak ada lah susah mana pun nak jadi manusia yang berguna. 

Ibarat benih yang baik. Ke mana pun pergi, kalau namanya kacang tetap bertumbuh sebagai kacang. Walau sebusuh mana benih di persekitarannya, dia tidak siram dirinya dengan air busuk untuk turut sama busuk.


Kenapa mesti debu, bukan lalang? Sebab kita nak ambil dari sudut positif. Bukan aku nak highlightkan kita boleh meniru sifat debu tu yang boleh bekerja bersama untuk kotorkan sesuatu tempat. Nilai kerjasama yang ditunjukkan tu yang patut ditonjolkan. Kalau dah debu tu sekor je mana la mampu nak kotorkan tempat. Bersama2. Thats the keyword. Kenapa mesti ikut gaya lalang. Lalang tu bagi aku ibarat jadi hamba abdi seseorang kalau ada pada manusia. Tiup angin kekanan bergerak ke kanan tanpa hala tuju. Bertiupnya angin ke kiri, lalang sibuk melayang ke kiri. Ada faedah? Tak ada! Sebaliknya angin tu pula yang bangga sebab berjaya menguasai lalang. Tapi ada je manusia yang macam tu kan. Angin cuba memisahkan debu tapi debu boleh pula bina komuniti baru. Thumbs up! Penah je kita tiup bagi angin kuat2 dekat debu atas meja, tempat lain pula dia berkumpul. Grrrrrr, geram!

Nampak tak macam mana debu tu boleh adapt mana2 jew yang dia pergi. Tetap boleh bekerjasama walau dengan komuniti yang baru. Kenapa kita tak macam tu? Kenapa kita tak tiru je sifat debu tu? Kenapa nak bongkak, sombong sampai lupa masyarakat sekeliling? 

Tepuk dada, tanyalah hati. Kita boleh je berubah jika kehendak diri sesuai untuk berubah. Jangan diikut nafsu yang menggoda. Kita yang menjadi tuan nafsu bukan kita bertuankan nafsu.

salam sayang dari
piccionebludotblogspot

0 big heart:

Post a Comment

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers