Friday, 7 October 2011

BELANJAWAN 2012: GAJI KAKITANGAN KERAJAAN NAIK?

Reactions: 
assalamualaikum w.b.t

Entry niey aku taip dengan penuh emosi suka giler kerana... Pagi tadi baru aku dapat tahu daripada salah seorang lecturer aku hari ini ada persidangan untuk belanjawan. Oke, ketinggalan zaman, tak update, wateve lah korang na bagi tittle dekat aku. Dekat kolej aku niey susah sikit nak tengok tv.

said : "berdoalah agar gaji kakitangan awam dinaikkan"
Balik jew aku dengan pantas tanpa ragu2 bukak salah satu kelab blogger yang aku join dan hasilnya. Jeng3x. Aku jumpa satu blog yang menulis tentang intipati bajet yang disidangkan. Kredit to mummynemo 






Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
Peruntukan rancakkan pembangunanKerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Terima kasih mummynemo. Muahhh muahhh bebanyak dekat mummynemo sebab sudi berkongsi.

Nampak tuh dekat bawah sekali intipati bajet. Harga beras dan gula dah disubsidikan oleh kerajaan. Puas? puas? Polis dengan Tentera pun dapat kelebihan. Oke lah tu. Nak lebih2 tunggu next year. Kuikuikui
Eh, yang kau suke sangat kenapa?

Kerana aku adalah salah seorang pelatih yang bakal memegang jawatan dalam kerajaan tak kurang setahun yang akan datang. Haruslah aku hepi2 bagai oke. Nak2 pula sekarang aku belajar dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Soalan  aku kepada kerajaan tersayang: elaun kami naik tak? Bukan macam demand. Memang demand oke. Itulah yang kami *para pelatih harapkan selama ini. Berita indah yang bagai rahmat kepada kami. Kepada kawan2 yang diluar sana jangan jeles oke. Nanti kita sama2 rasa keindahan menetap di Malaysia. ehhehe..bubuiii:)

salam sayang")
piccionebludotblogspot


p/s: harap jadilah ye! jangan indah khabar dari rupa ")

2 comments:

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers