Saturday, 8 October 2011

IBARAT DEBU BERTERBANGAN

Reactions: 
assalamualaikum w.b.t

Aku selalu menghadapi masalah. Masalah macam mana  aku nak start entry. Ayat aku tak ada lah power macama blogger lain. Kekadang tengok depa semua macam besh je kan. Entry semua best2. Ayat kekadang tuh power rangers pun surrender. Aku lagi lah. Bukan aku yang pijak semut tapi semut yang benyanyi2 dapat pijak kepala aku dengan bangganya. See, betapa kerdilnya aku. Kekadang malu nak buat entry. Kenapa? Sebab ayat aku tak power macam power rangers. Ouch! sedih tahap kritikal.

Bukan soal masalah yang tak pandai nak start entry yang aku nak bincangkan. Semua orang ada masalah kan. Jadi tak perlulah aku heboh2 masalah aku yang macam zarah2 halus berterbangan di persekitaran. Tapi aku nak bercakap tenteng debu. Kenapa dengan debu? Oke! tak ada kaitan dengan ayat aku yang dekat atas. zarah2 halus berterbangan di persekitaran" . Cuma aku cukup teruja dengan debu. Just ambil sedikit iktibar/ pengajaran dari debu.


Cuba kita tengok debu yang ada di persekitaran. Fine, debu tak boleh dilihat jika satu zarah debu tu je yang ada. Cuba kalau dah bertimbun. Uishhh, mungkin boleh jadi bukit. Debu yang ditiup angin confirm akan terpisah dengan kaum kerabat diaorang. Jadi terpaksa bina hidup baru ditempat yang baru, persekitaran yang baru, kawan2 yang baru dan semua yang terbaru akan debu rasai. Sekejap sahaja debu tu boleh sesuaikan diri bekerja bersama2 kotorkan tempat2 tertentu. Macam mana debu boleh buat macam tu? Dengan senangnya menjalani tugas bersama2 dengan persekitarab baru.

Just bayangkan kalaulah kehidupan manusia pun macam tu. Dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung. Dicampak jew mana2 tetap boleh adapt dengan keadaan sekeliling. Jadi tak ada la susah mana pun nak bina komuniti yang permai. Tak ada lah susah mana pun nak jadi manusia yang berguna. 

Ibarat benih yang baik. Ke mana pun pergi, kalau namanya kacang tetap bertumbuh sebagai kacang. Walau sebusuh mana benih di persekitarannya, dia tidak siram dirinya dengan air busuk untuk turut sama busuk.


Kenapa mesti debu, bukan lalang? Sebab kita nak ambil dari sudut positif. Bukan aku nak highlightkan kita boleh meniru sifat debu tu yang boleh bekerja bersama untuk kotorkan sesuatu tempat. Nilai kerjasama yang ditunjukkan tu yang patut ditonjolkan. Kalau dah debu tu sekor je mana la mampu nak kotorkan tempat. Bersama2. Thats the keyword. Kenapa mesti ikut gaya lalang. Lalang tu bagi aku ibarat jadi hamba abdi seseorang kalau ada pada manusia. Tiup angin kekanan bergerak ke kanan tanpa hala tuju. Bertiupnya angin ke kiri, lalang sibuk melayang ke kiri. Ada faedah? Tak ada! Sebaliknya angin tu pula yang bangga sebab berjaya menguasai lalang. Tapi ada je manusia yang macam tu kan. Angin cuba memisahkan debu tapi debu boleh pula bina komuniti baru. Thumbs up! Penah je kita tiup bagi angin kuat2 dekat debu atas meja, tempat lain pula dia berkumpul. Grrrrrr, geram!

Nampak tak macam mana debu tu boleh adapt mana2 jew yang dia pergi. Tetap boleh bekerjasama walau dengan komuniti yang baru. Kenapa kita tak macam tu? Kenapa kita tak tiru je sifat debu tu? Kenapa nak bongkak, sombong sampai lupa masyarakat sekeliling? 

Tepuk dada, tanyalah hati. Kita boleh je berubah jika kehendak diri sesuai untuk berubah. Jangan diikut nafsu yang menggoda. Kita yang menjadi tuan nafsu bukan kita bertuankan nafsu.

salam sayang dari
piccionebludotblogspot

10 KELEBIHAN COCACOLA YANG TAK ADA PADA MINUMAN LAIN

Reactions: 
assalamualaikum w.b.t

Pagi tadi tengah aku syoik2 membelek mukabuku, aku terbaca artikel tenteng cocacola. Percaya tak cocacola istimewa. Kawan aku memang gila cocacola. Satu paket cocacola (6tin) dalam masa seminggu dan setiap minggu direnew. Uisshhh siap pelawa ku minum.Tapi sory beb aku sangat tak suka cocacola. Kalau makan dekat mcD pun aku akan tukar air ambil fresh orange. Lagi best!

Fakta sperti yang tersenarai dibawah adalah kajian saintifik yang dibuat oleh sains kesihatan/ sosial di Us dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan cocacola

Dalam kebanyakan negeri di Us, kereta peronda lebuhraya akan dibekalkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba yang ada kat Malaysia niey, Hazardous Team. Cuba tanya abang/ pakcik/ sedaramara yang kerja sebagai bomba. Ada mereka guna? Korang dekat rumah pun boleh guna kajian di bawah niey:)



1) SUP TULANG
Dalam satu mangkuk yang berisi tulang dicampur dengan Coke, tulang akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk masak sup tulang. Yummm..yummm

2) MENCUCI TANDAS
Masukkan satu tin air Coke dalam tandas dan biarkan selama satu jam kemudian 'flush'. Segala jenis mak datuk. nenek, pakcik, makcik kotoran akan hilang dari tindakan 'citric acid' yang ada dalam Coke. Tengok, boleh jadi salah satu bahan gantian kalau2 sabun dekat rumah dah habis. Rasa2 kalau buat sabun badan boleh tak?heheehheh


3) HILANGKAN KESAN KARAT PADA BUMPER KERETA
Ini untuk kereta jenis chrome sahaja oke. Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya, cuba korang buat. Karat akan hilang.

4) HILANGKAN KESAN CORROSIN PADA SKRU/ NAT BATERI KERETA
Tuangkan satu tin Coke. Pasti kesan hakisan akan hilang serta merta

5) LONGGARKAN SKRU YANG KETAT DAN BERKARAT
Kalau2 ada skru yang dah berkarat dan susah untuk korang buka, cuba tuang satu tin Coke dan nikmati hasilnya yang menakjubkan.

6) HILANGKAN KESAN MINYAK PADA PAKAIAN
Semasa mencuci pakaian yang terkena minyak, korang tambah je Coke ke dalam mesin basuh bersama sabun basuh atau pencuci macam biasa. Kesan minyak tu pasti akan hilang. Kemudian air sabun yang berperisa Coke tadi korang boleh minum. Huuu. *akutak bertanggungjawab atas segala kesan yang timbul nanti.

7) MENCUCI CREMIN KERETA YANG BERDEBU
Cermin kereta korang berdebu? Kotor? Melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah nak guna tin sembur pencuci cermin macam jual di Yawata tu kerana harganya sangat mahal!

8) BAHAN AKTIF COKE ADALAH PHOSPHORIC ACID
Ia mempunyai pH  2.8 dan boleh meleburkan paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/ besi mesti suka niey! Asid tersebut juga boleh menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Cuba lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam tangki (bukan lori yang membawa air Coke yang telah siap diproses) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Berbahaya" atau "Bahan Penghakis: Bahaya". Tolong jangan letak atau parking kereta berhampiran lori itu. Takut nanti tengah2 syoik bawa kereta tiba2 terputus sebab hakisan/ karat.

9) MENCUCI ENJIN LORI/ TRAK
Para pengedar minuman Coke telah menggunakan untuk mencuci bahagian enjin lori atau trak mereka sejak 20 tahun.

10) KANDUNGAN GULA YANG TINGGI
Kandungan gulanya bersamaan 18 sudu teh bagi setiap satu tin Coke. Cuba korang bancuh teh dengan menggunakan 18 sudu teh gula. Macam mana rasa? Mesti korang akan muntahkan balik sebab terlalu manis. 


Terkejut? Cool je bebeh. Kenapa orang Yahudi tak minum Coke??

"Ada seorang ustazah beritahu : Masa dia belajar dekat Mesir dulu, lecturer dia ada cerita. Dulu ada seorang mamat yahudi datang egypt untuk mengkaji cara hidup orang Islam dekat sana setelah pelbagai serangn fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. Mamat tu nak cari jalan untuk bagi serangan dalam bentuk lain. Tapi alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia tengah mengkaji umat Islam dekat Mesir tu. Then dia bagitau lecturer ustazah niey, one of the the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam  is to produce Coke and Pepsi yang di dalamnya ada bahan kimia to retard the reproduction organs for both men and women. Menurut mamat tu lagi, dekat israel tak ada jual Coke and Pepsi sebab diaorang tahu kandungan  kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diaorang tak nak jadi mandul." 


Betapa acidicnya Coke tu sampai boleh dissolve tulang dan gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet. Dan untuk perempuan, kalau minum Coke boleh cause menstruation. Jadi kalau minum banyak2 and at that time baru nak lekat zuriat, ada kemungkinan akan berlaku keguguran. Kesimpulannya, untuk kemakmuran umat Islam dan untuk kesihatan kita serta untuk tak support jewish companies, jangan lah minum air Coke banyak2. If dah ketagih sekalipun cuba2lah untuk kurangkan.


p/s : masih tak pasti kesahihan artikel niey. Namun jika benar, bayangkan apabila ia masuk ke dalam perut kita. Bertambah sihatkah kita? Jika tidak benar sekalipun, lebih baik menjauhi buakan sahaja untuk kesihatan tetapi untuk agama kita.

special entry for sitti sabturah yang sangat gemarkan Coke!

salam sayang")
piccionebludotblogspot

Friday, 7 October 2011

BELANJAWAN 2012: GAJI KAKITANGAN KERAJAAN NAIK?

Reactions: 
assalamualaikum w.b.t

Entry niey aku taip dengan penuh emosi suka giler kerana... Pagi tadi baru aku dapat tahu daripada salah seorang lecturer aku hari ini ada persidangan untuk belanjawan. Oke, ketinggalan zaman, tak update, wateve lah korang na bagi tittle dekat aku. Dekat kolej aku niey susah sikit nak tengok tv.

said : "berdoalah agar gaji kakitangan awam dinaikkan"
Balik jew aku dengan pantas tanpa ragu2 bukak salah satu kelab blogger yang aku join dan hasilnya. Jeng3x. Aku jumpa satu blog yang menulis tentang intipati bajet yang disidangkan. Kredit to mummynemo 






Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
Peruntukan rancakkan pembangunanKerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Terima kasih mummynemo. Muahhh muahhh bebanyak dekat mummynemo sebab sudi berkongsi.

Nampak tuh dekat bawah sekali intipati bajet. Harga beras dan gula dah disubsidikan oleh kerajaan. Puas? puas? Polis dengan Tentera pun dapat kelebihan. Oke lah tu. Nak lebih2 tunggu next year. Kuikuikui
Eh, yang kau suke sangat kenapa?

Kerana aku adalah salah seorang pelatih yang bakal memegang jawatan dalam kerajaan tak kurang setahun yang akan datang. Haruslah aku hepi2 bagai oke. Nak2 pula sekarang aku belajar dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Soalan  aku kepada kerajaan tersayang: elaun kami naik tak? Bukan macam demand. Memang demand oke. Itulah yang kami *para pelatih harapkan selama ini. Berita indah yang bagai rahmat kepada kami. Kepada kawan2 yang diluar sana jangan jeles oke. Nanti kita sama2 rasa keindahan menetap di Malaysia. ehhehe..bubuiii:)

salam sayang")
piccionebludotblogspot


p/s: harap jadilah ye! jangan indah khabar dari rupa ")

Wednesday, 5 October 2011

WANITA BERTUDUNG + LEGGING = ANNOYING

Reactions: 
assalamualaikum w.b.t..

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri. Cewahhh. Aku dah mula nak serius niey sebab abgi aku tegur menegur tu wajib bagi setiap umat islam kan. Bukanlah bermaksud aku nak menyinggung mana2 pihak yang dah terkena tetapi cuma ingin menyuarakan pendapat yang keluar dari akal fikiran yang sihat.

wanita =  perempuan. memiliki sifat lemah lembut, isteri
legging = sejenis pakaian (seluar) yang ketat dan sendat
bertudung : menutup rambut yakni aurat bagi lelaki

Kebanyakan wanita yang bertudung pada masa sekarang terlalu obses pada fesyen terkini sehinggakan lupa sekejap kepada tafsiran menutup aurat. Menutup aurat bukan sekadar memakai tudung sayangku. Ramai wanita diluar sana menyangkakan dia telah menutup aurat tetapi  masih mengenakan seluar jeans ketat dan baju sendat. Anda?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Ulama bersepakat bahawa menutup aurat yakni menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan daripada dilihat oleh lelaki yang bukan muhrim.


 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Syarat utama menutup aurat adalah memakai pakaian yang loggar. Kalau dah namanya legging tu aku tak tahu lah tang mana yang longgarnya. Bertudung tapi dekat bawah fulamak...


 Nah! ingat cantik sangat kau pakai legging? Kalau ayam sedaplah jugak lemak bersepah. Ini kalau manusia.. korang sambunglah dengan ayat cover korang yang terbaik. Legging tak salah jika korang pakai malam2 ke nak tido. Ynag salah bila pakai legging dengan drees singkat bawa g jejalan dekat maya musco. Fuhhh! rezeki lelaki tengok bumper korang terhuyung- hayang kiri kanan siap dengan bentuk lagi. Mahu?



Aku tak cakap, iklan niey yang cakap. Kalau dah nama lucah boleh ke korang nak pakai depan public. Korang hengat korang cantik sangat pakai fesyen pelik macam tu? Euuuuu.. annoying tahu tak.


Cuba  bayangkan salah seorang yang dekat gambar atas tu adalah kamu. Dah macam ape dah aku tengok. Oke! korang fikirlah sendiri ye:) Tak salah kan saling mengingati:) hehe.. fikir2kanlah

salam sayang")
piccioneblu dot blogspot

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers