Saturday, 17 September 2011

untung ke masuk SPA??

Reactions: 

assalamualaikum..
Untung ke masuk spa?? Apa untungnya. Rehat badan kejap. Kena urut2, belai2. Hilang stress tempat kerja. Hilang stress belajar. Ye ke? Aku secara jujurnya mengaku aku tak pernah masuk spa. Tak pernah belai2 badan aku. Patut la macam lemah je badan aku niey. Opssss, aku bukan bercakap pasal spa yang korang selalu pergi urut2 badan bagai tu.



Tapi aku bercakap pasal S.P.A iaitu suruhanjaya perkhidmatan awam.Ya, suruhanjaya perkhidmatan awam yang pada aku setiap pelajar lepasan spm memang akan isi. Ye ke? Sila betulkan aku kalau aku tersilap.




Secara jujur dan lurusnya, aku tak ada lah nak bangga sangat aku terpilih untuk masuk spa. Apa untungnya. Kalau nak aku boleh je sambung degree dekat UUM bila aku habis matrik. Tapi bila aku kenangkan mak aku yang beria2 nak aku masuk spa, well restu ibu bapa itu sangat penting. Kadang2 aku mengeluh juga sebab tidak dapat ikut kehendak hati tapi pilihan aku untuk masuk spa pun bukan dipaksa oleh sesiapa. Kalau dulu aku berbelah bagi tapi sekarang aku rasa tak rugi pun. Even yang dah ada degree pun satu kuliah dengan aku. Realitinya, yang dah ada degree pon terpaksa berpatah balik. Sekarang kemain lagi susah nak dapat kerja. tssskkk T_T

Tapi ada sesetengah pendapat macam meremeh-remehkan SPA. ehem.
SPA TU AMBIL ORNAG2 YANG BERKELULUSAN RENDAH JE. YANG TAK DAPAT MASUK U BARU SPA AMBIL

Yang inilah aku nak betulkan tanggapan korang terhadap spa. Korang nak cakap spa niet third class lah ye?? Kalau dulu aku pun tak nak. Kalau dapat matrik yang setaraf dengan diploma siapa yang taknak ke matrik. Matrik setahun je pun. Diploma tiga tahun. At last habis matrik aku ambil diploma jugak. Yang aku nak perbetulkan adalah:


  1. ADA JE BUDAK KULIAH AKU DAH ADA DEGREE. SO, SPA BUKAN THIRDCLASS. YANG LAPAN SEMBILAN A's PUN BERLAMBAK. MACAM NIEY KE THIRD CLASS??
  2. SPA AKAN BAGI PELUANG KEPADA YANG NAK SAMBUNG BELAJAR KE IPTA. SEBAB TU LAH DEPA AKAN TANYA DULU MASA TEMUDUGA KORANG TENGAH STUDY DEKAT MANA. BAGI YANG LEPASAN SPM PULA DEPA AKN TANYA DAPAT TAWARAN MANA2 TAK. JADI SESIAPA YANG JAWAB TENGAH STUDY KAT MANA2 MEMANG DEPA AKAN KASI PELUANG INI DEKAT ORANG LAIN. MACAM AKU, DAPAT TAWARAN UUM, TAPI AKU BAGI ALASAN AKU NAK AMBIL SPA SEBAB AKU BERMINAT. THIRD CLASS??
  3. THIRDCLASS KE? DIPLOMA FREE DENGAN BAYARAN ELAUN RM600 SETIAP BULAN. ADA IPTA /IPTS YANG KASI DIPLOMA PERCUMA?

Bila aku dapat tawaran niey memang aku excited nak mampus. Habis semua kawan2 matrik aku col.

AKU DAPAT SPA LAH WEI



Ada yang ucap tahniah. Yang mematahkan semangat pun ada gak. Aku pun mula goyah. Nak daftar spa ke taknak. Nak masuk u ke taknak. Kalau masuk u aku terus sambung degree. Kalau daftar spa bermakna setahun aku dekat matrik sia-sia je. 



Demi ibu bapa aku, aku teruskan je dengan spa. Jangan pandang belakang lagi. Teruskan je. Yang penting niat aku betul. Nak belajar dan dapatkan diploma. Kerja then sambung lagi. Itulah azam aku. Alhamdulillah, result aku oke sehingga sekarang.Tetiba kawan-kawan yang mematahkan semangat aku datang balik. Hai, jangan lah kau nak gulingkan aku.

UNTUNGLAH KAU MASUK SPA. ELAUN SETIAP BULAN. PURSE BESAR SEMACAM.

Hai, lain sungguh bunyinya tu. Oke, memang aku mengaku elaun aku setiap bulan akan masuk. Tapi bayangkan RM600 aku hidup ditengah2 bandar kuala lumpur. Kalau korang jadi aku korang mampu ke bertahan tanpa satu sen pun tambahan daripada ibu bapa korang.

AKU NAK PINJAM DUIT KAU BOLEH TAK. PTPTN AKU TAK MASUK LAGI LAH.

Macam niey at last? Jadi korang renung-renungkanlah apa yang telah aku nyatakan. Janganlah terlalu memandang rendah terhadap kami para diploma terutama para degree yang melampau. * yang melampau je oke. tak semua. Tak ke mana pun degree tu kalau sombong dan bongkak. Yang penting nanti keluar dapat tolong ibu dengan ayah. Kan?

salam sayang")

p/s : siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya

2 comments:

  1. nice entry.

    ad gak SPA mcm2 ek...

    masok mn dah skrg..??

    ReplyDelete
  2. thanx..
    skunk dekat kskb sg buloh:))

    ReplyDelete

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers