Tuesday, 13 September 2011

tudung bawal VS tudung segera

Reactions: 

assalamualaikum..
hah! niey aku nak buat entry lain dari yang lain sikit. Asyik tulis pasal personal je. Cakap tak nak blog personal. So aku kasi pembaca aku entry tudung bawal vs tudung segera!

Pernah dengar tudung bawal tak? Ala yang sege empat tu yang kena lipat jadi segi tiga tu. Tak kenal juga? Oke, tengok gambar niey!


Ini lah tudung bawal. Kalau dulu student IPT memang serbu tudung niey lah buat gilir2 pakai pergi kuliah. Lokasi terkenal untuk memborong tudung bawal sudah tentu di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim. Student2 kelantan boleh buat duit dengan jual tudung bawal niey. Kualiti terbaik, harga berpatutan. Kadang2 tu kalau student balik kelantan memang Pasar Besar Siti Khadijah lah jadi serbuan utama, Kiriman kawan2 perlu didahulukan. termasuklah aku!

Tapi sekarang tudung bawal niey jarang2 je tengok dipakai oleh pelajar2 kita. Apatah lagi makcik2 dekat kampung tu yang memang sedia diakui agak liat nak menggayakannya. Dengan alasan, "tudung bawal leceh la nak pakai, guna pin bagai. Kena iron lagi. Pastu nak kena betolkan dekat bahagian depan tu. Lambat nanti nak pergi kelas ". betul kan..kan.. Alasan yang lebih kurang sama je daripada semua pelajar termasuk makcik2 yang bekerjaya atau yang lepak dekat rumah. Pengganti tudung bawal.. aku rasa semua orang dapat teka dan memang gemar pakai ke kelas2, lepak2. Tambah2 lagi bila dah makin moden niey macam2 jenis tudung yang keluar. Yang aku maksudkan adalah tudung segera termasuklah selendang, lycra dan macam2 nama lagi lah yang aku pun tak pasti macam mana rupa kalau aku yang pakai sebab aku peminat tudung bawal tegar.

contoh-contoh tudung segera:)

















Cantik memang diakui tetapi aku lebih memilih kepada tudung2 bawal sebagai koleksi peribadi aku. Kesan daripada permintaan terhadap tudung segera yang tinggi, maka pengeluarannya berlebihan. Akibatnya tudung bawal mula dipinggirkan. Jadi, penghasilan tudung bawal dihadkan. Melambung harga naik. Maka aku yang merupakan penggemar tudung bawal merasa keperitan kenaikan harga. Mana lebih tudung segera? Mana kurang tudung bawal? Aku sendiri tertanya2. Rindu tudung bawal yang cantik2:)














Tengok betapa comelnya mereka menggayakan tudung bawal.")














Jadi, terpulanglah kepada anda untuk memilih tudung jenis mana asalkan selesa dan menutup aurat. Yang aku yakin satu hari nanti, tudung2 bawal niey akn dicari balik oleh semua golongan. erkk! betol ke? Betul tak betul kita yang menentukan. Have a nice day. Nitez all")

p/s : jauhari jua yang mengenal manikam")


6 comments:

  1. Tudung bawal pon memang chantek,dulu jadi kegilaan juga kan? :)

    ReplyDelete
  2. hye..saya pun peminat bawal jugak..and sy ada jual tudung bawal koleksi terkini...boleh la jenguk2

    http://bawalchic.blogspot.com
    LIKE
    http://www.facebook.com/pages/ChicCollection/344161085615003?ref=tn_tnmn

    ReplyDelete
  3. hai, sy pun salah seorang pengemar tudung bawal tahap dewa dan kalau sudi datang lah singgah di pages saya di http://www.facebook.com/FahaCollectionSdnBhd

    ReplyDelete
  4. pages http://www.facebook.com/FahaCollectionSdnBhd di facebook ya..:D

    ReplyDelete
  5. saya perhatikan hnya indon yg bekerja dimalaysia masih byak memakai bawal. saya peniaga tudung. permintaan bawal bnyak dtg dari pelanggan indon dan singapore. singapore mmeg terkenal dgn melayu yg terpinggir dan ketinggalan fesyen bertudung ni. klu tak percaya sila dtg jengah ke kilang electronik yg pekerjanya rata2 org indon. semua masih tk tinggal bawal.

    ReplyDelete

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers