Friday, 16 September 2011

my wedding~~ part 1

Reactions: 

assalamualaikum..

Tengok tajuk semua macam excited kan. "wah, baru part1, mesti majlis gempak giler!". Ada lagi sambungan part 2, part 3 and so on. Ngeeee. Oke, tajuk je yang lebih. Tapi, sebenarnya "wedding" niey angan2 untuk majlis perkahwinan aku nanti. hehe. Gatal sikit. Tapi aku pasti sangat2 semua orang yang bergelar wanita dalam dunia ini mempunyai impian perkahwinan masing2. Dan apa yang aku bakal tonjolkan, bakal aku ceritakan dalam entry kali ini adalah perkahwinan impian aku. cewahh. Amaran, picture overload sebab kadang2 biarlah gambar yang ceritakan semua impian kita. Betol tak? Betol tak? *thumbs up bagi yang 
setuju >< hehe. Gambar2 niey aku ambil dengan makcik google.


theme
First, aku nak start dengan aku punya theme untuk majlis aku nanti. Kalau ikutkan hati aku nak je buat majlis dekat tepi pantai. wow! hebatkan impian. Tapi bila aku pikir balik macam mane aku nak angkut jemputan aku  yang dekat kampung. Mesti diaorang tak dapat nak datang. Kalau diaorang tak datang siapa nak meriahkan mjlis aku? *panjang lebar aku berfikir demi masa depan. Oke, kita cancel. Buat theme dalam taman pun oke gak. Halaman rumah aku pun agak besar + halaman rumah makcik aku = sebesar alam. Hiperbola berlaku di situ oke. Tapi luasnya boleh tahan lah. Muat lah nak letak tetamu2 dekat situ. hehe

macam ni ke? boleh lah


Theme color pula bagi aku feberet color tak perlulah nak tonjolkan sangat. Pada pendapat aku tema untuk wedding tidak boleh mengikut feberet color semata2 tetapi perlu adanya kesesuaian. Kalau yang berkulit gelap tapi feberet color warna terang macam tak ngan je. Macam akak aku punya wedding. Akak aku punya feberet color warna purple. Semua purple dari cat rumah tukar warna purple, pelamin, meja pengantin, bilik tidur, doorgift, pengapit, baju pengantin. Alamatnya memang tenggelamlah pengantin. Nasib baik baju pengantin yang akak aku ambil pelbagai design dan color. Boleh cover cikit. Kalau korang rasa yang korang boleh masyuk dengan feberet color dia on je lah. Asalkan korang punya seri pengantin naik masa wedding tu. *pendapat aku je.

Jadi, kalau ikutkan feberet color aku sama dengan akak aku, purple. Tapi untuk wedding, aku nak combine merah + putih + pink. Merah tu kan warna hati, putih tu suci dan pink itu lambang cinta. Tak mabuk warna kan kalau aku gabung tiga warnu tu sebab warna2 tu pun nak hampir sama. hehe

memang aku dah jatuh cinta dengan pelamin ni:)








Aku nak pelamin yang simple macam niey je. Tapi aku nak letak banyak2 bunga ros merah dengan putih dekat sekeliling pelamin tu. Kalau bajet cukup boleh letak bunga segar. Kalau tak pakai yang palsu pun oke gak. Yang penting majlis tu ada penyerinya:)


busana pengantin
Masuk part kedua pula iaitu busana pengantin a.k.a baju pengantin. Aku nak baju pengantin yang warna lembut2 je yang sesuai nak masuk dengan pelamin merah aku. Contohnya warna pastel iaitu warna yang sangat2 lembut daripada warna biasa macam pale pink, soft pink, pink yang ala2 belacan, taupe (elyana), silver, putih atau keemas- emasan. Warna pudar yang nampak cool, tenang je.





































Cantik kan? Semua warna2 ni aku suka dan sesuai dengan pelamin yang warna merah. Pengantin takde lah tenggelam oleh warna pelamin tu. Sebagai gadis bertudung, aku akan mengenakan tudung yang bersesuaiann. Ada lagi untuk busana niey. Kalau boleh aku nak pakai gaun masa potong kek. *segan.







Gaun yang ala2 comel gitu. Warna pun kalau boleh aku nak ambil warna niey. Sweet sesangat. 
Majlis pihak lelaki pula aku nak pakai warna yang terang. Lawan balik warna pale yang aku kenakan masa majlis dekat rumah aku. cewahhh, aku dah semakin jauh melayang:)










hantaran

Hantaran tak payah lah aku nak state kan apa benda. Tapi yang aku nak digubah kemas dan cantik.






Nak macan niey boleh? Simple je. Hanya bunga ros yang jadi peneman barang2 hantaran atas dulang. Tak crowded sangat dengan hiasan lain ><


meja santapan
Hiasan pada meja pengantin mestilah termasuk dalam warna theme aku. Merah + putih +pink. Dihias simple2 tapi cantik dan sedap mata memandang.







Sangat lawa dan simple. Banyakkan bunga2 je.
Tamat bagi meja pengantin. Sekarang move on meja santapanbagi tetamu aku yang comel lagi riang:)



Niey untuk rombongan pihak lelaki, kawan2 terdekat/ baik aku dengan famili aku. Kira macam golongan VIP la. haha. *tangan ke dada mata ke atas. kuat berangan.


Tetamu2 sekalian duduk sini ye. Niey pun first class gak. Beza warna dan kerusi je dengan VIP seat.haha


kek

Kek yang jadi pilihan aku ialah kek yang femes sekarang iaitu cupcake yang comel2 tu.





Nampak macam sedap je kan. YUMMY*_*


flower girls
Flower girls niey aku nak ambil banyak2 anan buah aku. Nanti diaorang akan jadi pengapit aku. Pegang kain aku yang terseret menyapu lantai. 






Flower girls yang aku lantik mesti pakai baju yang warna ala2 warne tema aku. Nanti aku akan bahagikan tugas. Ada yang eskot aku. cewahhh. Ada yang bagi doorgift dekat VIP dengan makcik2 yang datang.

Doorgift pun aku nak kasi cupcake dengan beberapa barang lain yang akan aku pilih bila aku nak kawen nanti. Doorgift niey aku nak letak dalam kotak dan paper bag comel")


yang niey kasi kepada para tetamu:)




yang niey nampak eksklusif sikit
yang niey bagi dekat VIP la
hehehe


paper beg comel niey bagi dekat tetamu



yang niey untuk vip")


makeup
Makeup aku nak yang simple je. Simpel is my way. hahaha. Disebabkan aku tak pakai makeup aku nak yang simple je. Sebab takut nanti pengantin lelaki lari sebab terkejut tengok aku. heehe. Makeup macam elyana niey. Sangat cantik oke. Lima bintang aku kasi dekat elyana niey.







last but not least

Akhir sekali, en penganti lelaki, saya nak niey boleh??


merisik



bertunang



kahwin

Boleh la incik pengantin lelaki. Satu merisik, satu untuk tunang dan satu lagi masa kahwin. ngeeee
Demand tak? Lepas niey memang tak ada la orang nak kawen dengan aku.
Kereta kuda tak payah la kot. Sebab kampung aku kecik je. Mana aku nak pergi ronda dengan kereta kuda tu? Bersiar2 dekat sawah belakang rumah aku? Tak payah. Baik aku jalan kaki je.

Inilah yang aku impikan untuk perkahwinan aku. "IMPIAN" oke. Aku pasti tak semua yang aku impikan akan aku dapat atau terlaksana. Tapi sekurang2nya aku ada impian yang boleh memotivasikan aku ke arah untuk mencapai semua impian aku tu. Tak salah kan.heehe

Dan aku harap sangat wedding aku adalah yang pertama dan terakhir. Mohon kekal sehingga ke akhir hayat.


Dan semoga cinta yang aku semai bersama suami tercinta adalah seindah gubahan pertama. Segala janji yang ditaburkan dihadapan kadi dan saksi2 ditunaikan"))


~tamat~

salam sayang")

p/s : di mana ada kemahuan disitu ada jalan:))

10 comments:

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers