Tuesday, 9 August 2011

marhaban ya ramadhan! bulan yang mana nafas kita menjadi tasbih .. tidur kita menjadi ibadah!

Reactions: 
assalamualaikum..
marhaban..marhaban..marhaban ya ramadhan! Agak terlewat untuk mengalu2kan kedatangan  ramadhan. bulan yang dihimpunkan oleh Allah swt segala rahmah(kasih sayang), maghfirah(ampunan) dan itqun minan naar (terselamat daripada api neraka). bulan yang mana nafas kita adalah tasbih, tidur kita adalah ibdah, amal kita diterima dan doa kita diijabah. 

alhamdulillah berkesempatan menunaikan segala ibadah2 selama 9 hari berpuasa.bagi menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkn ibadah kepada- Nya sepanjang bulan rahmah ini, terokai fadilat2 bulan terawih melalui hadis- hadis berikut:

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


Marhaban Ya Ramadhan
 Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

sebelum berlalunya ramadhan meninggalkan kita, rebutlah peluang yang ada untuk beribah kepada Allah swt. Anggaplah ramdhan ini ramadhan terakhir kita:))


Taqqabalahu Minna Waminkum, Taqaballahu Ya Karim,
Ameen

p/s: i observe, i learn. i write, i love and i hurt sometimes.selamat menunaikan ibadah puasa:))



0 big heart:

Post a Comment

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers