Friday, 26 August 2011

MAAF! "(

Reactions: 

assalamualaikum..
sedar tak sedar sudah 26 hari kita umat islam berpuasa. sedar tak? sedar tak? ramadhan perlahan2 mula melabuhkan tirainya. sedar tak? sedar tak? merdeka tahun niey sama dengan raya. sedar tak? sedar tak?
meh aku sedarkan korang. kita sudah 26 hari berpuasa. jadi lagi 4 hari kita akan meraikan kemenangan kita berpuasa selama sebulan. mesti semua tidak sabarkan menantikan aidilfitri menjelma tanpa mengambil tahu langsung pasal makna di sebalik aidilfitri niey. jom2 baca apa yang aku dapat daripada makcik google")

AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri (Arabعيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya PuasaHari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

tapi bagi aku sendiri, aidilfitri niey hari umat islam meraikan kejayaan sebulan berpuasa yang mana kita dapat merasai sendiri macam mana kehidupan di negara2 yang kekurangan makanan. dengan itu, ceh skema nak mati kot kita dapat menginsafi diri sendiri dan bersyukur dengan apa yang ada. muhasabah diri. aidilfitri juga bagi aku bulan di mana semua orang bermaafan sesama sendiri. oppss! bukan aku maksudkan bulan lain korang tak boleh mintak maaf  pada bulan2 lain. nonono. bukan itu yang aku maksudkan. tapi cuba korang perhatikan kalau bulan syawal kemaafan yang diberi dan diterima tu lebih ikhlas kan. kan.
dan.. jangan lupa bayar zakat oke! kewajipan kita sebagai umat islam") ini pun aku kutip dari makcik google. makcik2 terangkan dekat mereka2 niey tentang zakat fitrah!

ZAKAT FITRAH

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.


SIMBOL")
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemanglontong,dodol, dan kuih raya.
Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

PERSIAPAN!


Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan ditelevisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Banksekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

AMALAN LAZIM:)


Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari RayaDuit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampulduit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." . dan juga riwayat dari Umar (رضى الله عنه) menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " 

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

PAKAIAN:p

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batiksongket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


")jelas tak? aku harap korang lebih jelas tentang sambutan aidilfitri yang bakal diraikan nanti terutama non muslim dan muslim amnya.

maaf!!!
jadi dikesempatan ini aku memohon seribu keampunan daripada rakan2 blogger aku yang setia membaca entry aku selama ini. mana lah tahu kot2 ada entry2 aku yang sebelum niey mengguris perasaa dan merobek jiwa raga korang. dan terima kasih bebanyak sebab korang sudi jadi peneman aku setelah hampir tiga minggu aku berkecimpung dalam dunia belog ini. setiap apa yang korang buat amatlah aku hargai.

aku jugak nak bagitau yang aku akan bersara dari dunia belog buat sementara waktu. oleh sebab pepagi buta esok aku akan melangkah balik ke kampung, so tidak dapat lah aku nak on9. bermakna aku akan off seketika dan belog aku akan berhabuk buat seketika tanpa ada entry baru dan terupdate. bukan tidak mahu melakar tentang hari raya di kampung tetapi insyaallah line brodben aku niey tidak akan oke selama dua minggu aku dekat kampung. faham? tak faham buat2 lah faham eh")

opppss! tak habis lagi. . .
meh aku tnjukkan korang hari raya yang diramal jatuh pada tarikh2 berikut:

  • 20081 Oktober
  • 200921 September
  • 201010 September
  • 201131 Ogos
  • 201219 Ogos
  • 20138 Ogos
  • 201429 Julai
  • 201519 Julai


salam sayang")


p/s : dont't waste ur time with jealousy")

2 comments:

  1. Sebelas bulan kita kejar dunia,
    Kita turuti nafsu angkara.
    Sebulan penuh kita berpuasa,
    Kita bakar segala dosa.
    Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
    Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
    Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
    Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
    Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...

    Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H

    ReplyDelete

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers