Wednesday, 24 August 2011

bila akal fikiran tidak dapat mencerna idea~

Reactions: 

assalamualaikum..
uh! rasa macam lama gila punya lama aku tak meng_hup_date belog aku yang comel momel niey. *niey bukan ayat comel eh. niey ayat aku yang penuh skema!. alkisahnya, bila mula2 creat belog kan.,, ya ampun! idea mencurah2 datang. macam2 aku nak update. sehinggakan makan pakai sudu pun kalau boleh nak bagitau satu dunia belog. kadang2 tu 3 4 entry aku boleh buat. dalam masa sehari beb. bukan seminggu. please note perkataa HARI dan MINGGU tu. banyak perbezaan yang boleh kita dapat. tapi bila dah masuk dua minggu niey, mak aihhhhh! susah betul nak datang idea. cepat la akal fikiran menjana sesuatu supaya jari jemari aku boleh menari mengikut rentak2 dekat atas keyboard niey.

sekarang.. jari jemari aku sudah kaku nak menari di keyboard sendiri. kenapa ye? jum kita berlatih supaya jari jemari niey boleh buat anda tersenyum membaca entry mengarut aku.  dan aku dengan penuh riak, bangga dan bongkaknya menulis setiap patah perkataan dikala akal fikiran mencerna pelbagai idea. uh! tolong. tiba2 akal fikiran niey tak dapat nak proses data. ............................... idea hilang!

bebel punya bebel tengok2 follower aku dah mencecah 147. bangga gila kot. sikit la bagi korang yang super duper senior tu kan. bagi aku amat lah berbesar hati jiwa dan raga sebab sudi mengfollow kan diri ke belog aku. hebat kan! sangat hebat. semakin hari semakin aku sebati dengan dunia belog niey.  aku seakan menulis semua tentang masalah aku walaupun kekadang entry aku langsung tiada kaitan dengan dunia aku. sangat suka menjadi penulis di alam maya.

walaupun blogger2 lain sibuk mengsegmenkan belog, biarlah aku bagi peluang dekat belog aku nak rehat sekejap. nanti aku akan buat satu entry khas sempena ulang tahun kemerdekaan dan hari raya aidilfitri. dua event yang sangat bermakna. untuk kali ini, biarlah aku membiarkan entry mengarut niey sebagai peneman kesunyian di kala blogger2 tersinggah ke belog aku. sekurang2nya ada something yang boleh korang jamu di belog aku.

dan entry niey aku tamatkan di sini sahaja. kenapa? sebabnya assignment aku dah macam nak meletus jep. so, aku kena teruskan tugas aku sebagai seorang pelatih yang berdedikasi. yeah!!

salam sayang")

p/s : tuai padi antara nampak, esok jangan layu layuan
intai belog aku antara nampak, esok jangan rindu rinduan~~


0 big heart:

Post a Comment

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers