Monday, 22 August 2011

air!! air!!

Reactions: 


assalamualaikum..

bangun pagi2 buta tengok blok aku dah penuh dengan budak2 blok lain. kolej tempat aku belajar sistem penyusunan blok lain sikit kot. setiap sem satu blok. makna nya sem satu, satu blok. sem dua, satu blok dan seterusnya. nak tahu kenapa ramai orang berpusu2 ke blok aku? dari semalam lagi hostel aku kekurangan air. hanya blok aku satu2nya blok yang ada air. sadis kan? ya! memang sadis. bayangkan 5 blok lain *tidak termasuk blok lelaki menerjah blok aku. agak2 korang dapat bayangkan tak apa yang terjadi. fuh!!! sesak gila beb! aku yang bangun pukul 4.30pagi. pagi oke bukan petang! bangun pagi2 pun teraba2 nak mandi. macam pelarian pula. dengan shower room penuh. toilet penuh. mana aku nak mandi? memang la sesak sebab aku aras satu. ingat bebudak niey rajin ke nak pergi panjat tangga tinggi2 pagi2 buta. orang lain tengah hangat bersahur, kiteorang dekat sini tengah hangat berebut air.

so, terpaksa lah aku mengalah. pagi2 niey biarlah aku mengalah sikit. buat senaman panjat tangga pergi aras dua. fuhh! kena ambil nombor beb. panjangnya sampai keluar. tak larat aku nak tunggu niey. *ayat aku hiperbola sikit! panjat lah lagi naik aras tiga. panjat bersama seorang adik sem satu yang gigih mencari air. kesian awak eh blok awak tak ada air. muka macam belum sahur je. nasib baik aras tiga niey tak ada angka giliran. tapi shower room memang penuh la. tak apa, aku rela menunggu. nak mandi niey.
yahuuuuu, aku dapat mandi dah. alhamdulillah! tapi air gila slow nak mati. sabar je lah. mandi pun slow jew. dengar dekat sebelah bukan main laju lagi. tapi at least aku dah mandi. tak sabar nak pergi kuliah nak tengok berapa orang yang jadi kambing hari ini. ha! aku agak2 mesti ramai tengok muka yang tak mandi terutama para lelaki.haha. ketawa bangga blok aku ada air.
moral of the story.. opss, ada moral ke cite aku niey? ada lah. moral of the story kita kenalah menghargai setiap apa yang kita ada. tengok contoh cite aku. dulu dengan megahnya kitaorang membazir air. sekarang dengan sadisnya kitaorang berebut air. tambah2 air memang sangat penting untuk kegunaan seharian. tu yang pertama. yang kedua, bak kata orang2 zaman dulu kala, sediakan payung sebelum hujan. dah tahu tak ada air kenapa tak tadah semalam? aku sudah ada simpanan air. untuk kes2 kecemasan. yang ketiga, mendengar guruh dilangit air di tempayan dicurahkan. mentang2lah pagi ni air banyak sikit yang kau pergi buang air yang kau simpan tu kenapa? kan dah susah nak tadah air. membazir betul.

nampak tak apa yang aku nak tonjolkan dalam cite niey? renung2kan dan selamat beramal. cececeh. salam syang")


p/s : jangan disangka air yang tenang tiada buaya")

3 comments:

  1. blok saya takde air!!!
    arini saya jd rjin pergi ke surau..
    kerana nak mandi..
    dan solat subuh d surau..
    (dengan bangga nyer)

    ReplyDelete
  2. Salam kenal , singgah dan follow sini.. jom singgah belog saya..

    http://www.sinarraudah.com/2011/08/jatuh-cinta-dengan-budu-layan-colek.html

    ReplyDelete

dear, terima kasih kerana sudi berkongsi idea, pendapat dan kritikan. jangan lupa follow ye:)

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers