Pop up my Cbox

Saturday, 19 May 2012

Nota Cinta Untuk Dia

Reactions: 
assalamualaikum..

Buat sahabat-sahabat Sungai Buloh yang bakal terpisah kelak dalam masa beberapa hari lagi, ini untuk kalian tulus ikhlas dari sudut hati aku yang paling dalam.

BARISAN MPP 2011/2012
assalamualaikum..
Aku nak mintak maaf dengan semua Mpp 2011/2012 tak kira tidak disengajakan atau dengan sengaja aku buat salah dengan korang. Korang banyak ajar aku untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan bertanggungjawab dalam melaksankan tugas. Semangat kerjasama kalian sangat aku kagumi sehinggakan aku sentiasa jadikan kalian sebagai contoh terbaik bagi junior-junior aku. Aku mintak maaf sekiranya selama ini dalam setiap aktiviti yang kita jalankan, aku tidak memberi sepenuh komitmen. Aku manusia biasa yang punya banyak kelemahan. InsyaAllah akan aku perbaiki diri sendiri sedikit demi sedikit. Sory taw sebab aku dah rosakkan hari kita petang tadi. Diluar rancangan aku. Rasa bersalah sangat-sangat dan serius aku terasa. Bukan aku taknak bersama korang tapi ada perkara yang aku tak dapat elakkan menyebabkan aku tukar plan di saat-saat akhir. Daryl & aifa, aku taw korang terpaksa menjaga hati kedua-dua belah pihak. Tapi serius terasa bila korang berpatah balik tadi. Betul terasa. Aku mintak maaf ye. Nanti dah baca blog aku mesej aku eh mintak maaf :P

YUN a.k.a KHAERUN NISAA
assalamualikum yun..
sampai hati kau balik tak jumpa aku dulu. Kan aku dah pesan dekat roomate kau suruh jumpa aku bila kau balik dari surau semalam. Aku keluar dengan geng MPP hari niey. Aku dah bagitau kau kan sebulan yang lalu. Kau tak payah nak tulis surat bagai letak dekat soft board aku. Aku tak terharu pun. Aku akan terharu bila kau salam cium tangan akak kau yang comel niey. Sob Sob Sob. Aku taknak tweet kau. Jangan harap. Kau baik-baik ye dekat petaling nanti. Aku taw ko boleh. Mana lah taw tak sempat jumpa aku lagi kan. Kalau kau free datang la Sungai Petani. Aku halalkan semua yang kau termaki, tertelan, tertumbuk, ter apa-apa je. Kau pun halalkan semua yang aku  tersengaja dan aku tak tersengaja. Tolong rindu aku lepas niey sebab dah takde orang nak goyang-goyang kau 360 darjah bila kau tido time lecturer mengajar. Dah takde orang nak tolong kau urus budak-budak yang liat bayar hutang. Jangan risau aku tak akan rindu kau. Aku mintak maaf kalau aku ada salah silap. Ada rezeki jumpa lagi. Jaga diri ye. Assalam

p/s: aku harap kau baca:)

ROOMATE
assalamualaikum roomate..
Terima kasih taw sudi jadi roomate kita. Terima kasih taw sudi tahan sabar dengan kerenah kita kalau time datang bulan. Terima kasih taw sudi faham kita dan sudi tadahkan telinga dengar luahan hati kita. Terima taw roomate. Awak banyak tolong saya. Sob sob sob. Saya mintak maaf ye dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya taw awak banyak makan hati dengan saya. Mintak maaf bebanyak sebab selalu menyusahkan awak. Lepas niey dah tak jumpa dah. Awak jangan rindu kita taw. Nanti abang Razif marah. Nanti kalau awak kahwin awak jemput kita taw. Terima kasih roomate. Terima kasih banyak-banyak. Saya sayang roomate.

KHAIRUL FAHMI
assalamualaikum..
Fami, orang nak mintak maaf dengan fami. Orang dah banyak susahkan fami, marah fami, bebel 24jam dekat fami, cubit-cubit fami, bad mood dengan fami, kasar-kasar dengan fami. Fami cool jek. Orang mintak maaf taw. Lepas niey tak jumpa dah. Sorang kuantan sorang kedah. Nanti dekat sana fami jangan malas-malas taw. Baju uniform dah takde orang nak tolong basuhkan. Masak nasi sendiri taw. Dan paling penting, fami jangan usha awek kuantan taw. Plis plis plis. Taw taw taw. Nanti hujung minggu takleh jumpa dah. Jangan nakal-nakal. Belajar betol-betol eh. Orang tunggu fami taw. Jangan lupa ehh sem6:) Kita tak sayang fami pun sebab fami tak penah sayang kita. Ermmmmmmmmmmmmmm.. Bye :'(

assalam

Thursday, 17 May 2012

NEW ARRIVAL~BAWAL ARISSA 3 TONES

Reactions: 
assalamualaikum..

Maaf Picci tak sempat nak upload dengan lebih awal. Memperkenalkan bawal Arissa 3 tone. Selling fast ye sayang. Ada 20 warna menarik. Boleh tengok dekat facebook Fahaiza FashionStore. Hanya tinggal lima sahaja. Cepat. Boleh grab sekarang dengan harga yang sangat berpatutan.

RM12/PCS








AVAILABLE UNTUK BELIAN BORONG MINIMUM 10 HELAI.
Email ke piccioneblu@gmail jika berminat untuk belian borong.

sekian

daisypath

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

piccioneblu dah besar >.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers